Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Friday, January 21, 2011

Collaboration in Orang Asli Education.



On behalf of SK Balar, the moderator of this blog would like to thank IPGM Kampus Sultan Mizan Besut for giving us opportunity to work side by side in bringing orang asli education to a level higher than before.

It is hope through this collaboration in education, teachers who are teaching in Balar will be given ample opportunities to develop professionally through various programmes; research presentation, educational talk, forum and etc.

We also hope that through this programme, pupils in Balar can experience interesting educational programmes planned by IPG KSM lecturers and trainee teachers so that they will remember their school days as wonderful and captivating; subsequently be an agent to promote the importance of education in their society.

Also may this programme helps IPG Kampus Sultan Mizan to achieve their goals as Teacher Training Institution and in inculcating educator-attitude among their trainee teachers.    

Thank you again and we are looking forward to working side by side with IPG Kampus Sultan Mizan. It will definitely be one of our most precious moments as educators as we share similar belief: Ilmu Penyuluh Hidup (SK Balar) and Ilmu Penyuluh Jiwa (IPG KSM).  

with best regards,
Members of SK Balar.

Pantun Musim Kemarau


Anak raja turun berjalan,
Anak buaya melintang tasik,
Beribu-ribu sekolah di jalan,
SK Balar juga pilihan patik.

Mengail ikan bersama pak anjang,
ikan rebus dicicah budu,
Nak kata hujan panas memanjang,
tapi kenapa hati asyik merindu.
 
Paginya nyaman malamnya sejuk, 
berbumbung langit disinari rembulan, 
janganlah tuan buat kami merajuk, 
menantikan tuan tak datang berjalan.
 



 
 

Thursday, January 13, 2011

Api By Pelita



Dedicated to all teachers who are teaching in remote schools
May Allah bless us and give us strength to perform our duties.
Teaching is no bed of roses after all. 

"Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir"
(Api...Pelita)

Sunday, January 9, 2011

Belangsungkawa: Cikgu Razali Awang

(Arwah Cikgu Razali Awang dalam ingatan) 

Pada 6.1.2011 SK Balar kehilangan seorang lagi pendidik yang sanggup bersusah payah merialisasikan impian dan harapan Negara (ini merupakan kehilangan yang ke-2 dalam tempoh yang tidak sampai 3 bulan). Beliau merupakan seorang pendidik yang gigih, tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa cuba membangun secara professional dan sanggup menempuh segala halangan dan cabaran di hutan pada usia yang senja. 

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi anak-anak asli Balar (Temiar) kerana tidak ramai guru-guru yang berijazah sanggup untuk bermandi selut, menghirup debu, bermalam di hutan, dan hidup tanpa bekalan elektrik 24 jam. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh arwah mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah dan semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepada arwah di sana. Amin. 

Alhamdulillah urusan membawa jenazah arwah keluar dari SK Balar dapat dilakukan tanpa halangan yang besar. Bersyukur kerana Internet masih berfungsi sewaktu maklumat cuba dihantar keluar, bersyukur kerana helikopter dapat mendarat walaupun hujan dan keadaan yang berkabus. Bersyukur kerana urusan pengebumian berlangsung dengan lancar.  Alhamdulillah Allah Maha Kaya. 

Warga SK Balar mengucapkan Takziah kepada keluarga arwah cikgu Razali Awang.

ps: Ada guru baru dapat memo mengajar di pedalaman terus melenting tak tentu pasal. Pergi dulu dan belajar suaikan diri di kawasan tersebut. Kita tak akan sentiasa dapat apa yang kita mahukan tetapi jika kita berakal, kita akan dapat melihat hikmah disebalik qada dan qadar Allah. 
   

Sesi Persekolahan 2011

 
Keadaan jalan selepas sebulan tidak digunakan + hujan yang turun setiap hari.

 
Motor atau hilux, dugaan tetap menanti di setiap perjalanan

 
Uncle seekers mesti suka gambar ni… ada tanda-tanda paranormal ^^ (but i don’t care… i was freezing)

 
Berbincang dengan PPM, jom cari kayu api…. (1.30am)

 
group motor dan Jimny pun mengalami masalah yang sama

 
Berhenti untuk berehat dan memulihkan tenaga……

Walaubagaimanapun, perjalanan harus diteruskan (3am)

 
Geng-geng hilux dan jimny yang rosak akhirnya diselamatkan pada keesokan paginya oleh MAZAL Group.

Group pertama SK Balar tiba di sekolah keesokan harinya pada pukul 7am manakala group ke-2 tiba pada pukul 12 pm…. ini merupakan antara rekod masuk yang terburuk dalam sejarah sekolah.

Di atas merupakan sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil sewaktu perjalanan masuk ke SK Balar bagi sesi sekolah 2011...