Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Friday, November 19, 2010

Belangsungkawa: Perginya Seorang Pendidik Pedalaman...

Al Fatihah  
Allahyarham Cikgu Muhammad Farid bin Hassan 
Guru Pra Sekolah SK Balar 
Kembali Ke Rahmatullah Pada Pagi Aidil Adha 2010
Meninggalkan Seorang Balu Yang Sedang Mengandung 
Anak Mereka Yang Pertama...
  
Telah Kembali Ke Sisi Allah Dalam Keadaan Tenang 
Dan Segala Urusan Pengebumian Berjalan Tanpa Sebarang Halangan...
Alhamdulillah...

**************************************************************
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati


 

2 comments:

  1. arwah saya lihat sangat komited. pertama dan terakhir saya jumpa beliau semasa beliau mengikuti kursus saya di kesedar inn..17 okt tak silap

    ReplyDelete