Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Tuesday, August 31, 2010

Sejarah Sekolah

Perkembangan Sekolah

SK Balar merupakan sekolah 100% orang asli. Mula dibina pada tahun 1994 di atas permohonan penduduk kampung sekitarnya. Sebelum ini kanak-kanak persekitaran pos balar bersekolah di SK Bihai yang jaraknya lebih kurang 20KM dan terpaksa berulang alik dengan mengharungi beberapa buah sungai.

SK Balar mula dibuka dengan rasminya oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada 20 April 1994 dan pengurusan sekolah pada waktu itu berada di bawah tanggung-jawab JHEOA. Pada Waktu itu terdapat hanya satu bangunan kayu, 18 orang murid tahun satu dan dua, 2 orang guru dari JHEOA.

Tahun berikutnya, terdapat penambahan dari segi bilangan murid, dimana seramai 14 orang pelajar baru berdaftar, menjadikan jumlah murid pada ketika itu seramai 32. Selaras dengan peningkatan bilangan murid, dua buah bangunan didirikan menjadikan empat kelas semuanya.

Pada 1 Januari 1996 pengurusan SK Balar di ambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan guru-guru terlatih dari luar ditempatkan ke SK Balar.

Kedudukan Sekolah


SK Balar terletak di pedalaman kira-kira 100KM dari bandar Gua Musang dengan melalui jalan balak dan mengharungi 3 batang sungai. Sekolah ini terletak di tengah-tengah antara 13 buah perkampungan  orang Asli yang berdekatan  mengikut jalan utama. Kampung-kampung tersebut adalah Enching, Tapai, Barung, Epes, Telor, Perawas (Tapak di mana sekolah berada), Manjol, Tembaga, Balar, Dakoh, Peng, Chachoh, Belatim, Chekrok, Cemar dan Sempadek. 


Orang Asli Temiar

Pelanggan utama di SK Balar merupakan orang asli dari suku kaum Temiar. Mereka merupakan kaum yang mempunyai harapan untuk berjaya dalam kehidupan sama seperti pelajar-pelajar yang berada di luar sana.

Pendapatan purata mereka adalah kurang dari RM50.00 sebulan. Sumber pendapatan bergantung kepada jualan rotan yang terdapat disekitar hutan. Makanan utama mereka adalah ubi kayu.




sumber rujukan: Buku Pengurusan HEM 2010

1 comment:

  1. Tahniah..diatas perubahan kecemerlangan yg terus dicipta n diterokai oleh seluruh warga SK Balar. Komen ...Saya pd mulanya agak terkejut kerana sy melihat gabungan susunan logo,nama sekolah, dan kata2 motivasi... kelihatan seperti lambang salib...( sy x pakai cermin mata masa ngadap lappy ni.. hiihiiii )...tp lepas sy guna cermin mata...bru laaa lebih jelas...wallahuallam

    ReplyDelete