Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Friday, November 23, 2012

Hari Keluarga 2012... Pertandingan Bowling

Aktiviti: Hari Keluarga SK Balar 2012
Tempat : Pusat Bowling KBMall
Tarikh : 18 November 2012
Masa : 10.30am - 1.00pm

Sedang mengformat kamera... gambar harus cantik!

Sesi praktis... bak kata mat saleh "practice makes perfect"

Kamera hanya sempat menangkap bahagian punggung En Shah

Semua rakan-rakan SK Balar hadir...

Baju baru sekolah ... cantik tak?

Sesi memberi cenderahati kepada rakan-rakan pendidik yang hadir

Kepada yang tidak kenal, inilah srikandi balar yang terkenal tu.... Kak Zeee

Sesi Penyampaian Hadiah Saguhati kepada pemenang 

Hadiah kepada para pemenang pertandingan bowling 

jurukamera tangkap gambar sendiri T_T


Seronok? TENTULAHHHH!!!!

Bos Ya Dah Ada Menantu....

Antara rombongan SK Balar ke Majlis Kenduri Kesyukuran Bos Ya... Kami ucapkan semoga hubungan pengantin kekal ke syurga... Amin... Selamat Pengantin Baru!!!

Thursday, November 22, 2012

Penerima APC 2011 - TAHNIAH

dari kiri Cg Hazizul, En Ariff, Cg Syamsul dan Cg Zafandi

Kami warga SK Balar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada En. Mohd Zafandi Bin Rajat (Cikgu) dan En Mohd Arif Bin Mahamad (PPM) kerana menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011.

Mereka berdua telah berkhidmat untuk memajukan anak-anak asli temiar di perkampungan Pos Balar hampir 5-7 tahun. Kami berharap perkhidmatan mereka untuk tahun-tahun mendatang lebih cemerlang dan mantap.

Ucapan tahniah juga kepada En Hazizul Mamat dan En Syamsul Azhar Bin Yusuf kerana dinaikkan gred dari DG 29 ke DG32.

Lend a hand


Recently we have heard many news regarding Indigenous people education from various community representatives; including KPM, JPN, PPD and NGOs. Whilst we are concerned of what is happening to their education, we the members of SK Balar can ensure you that education in this school is pitched at the maximum level. For that we have managed to maintain as one of the high performance schools amongst 11 indigenous schools in Kelantan. Alhamdulillah, in the recent UPSR test, we have managed to produce students with at least 5Cs.

Believe it or not, our aim is to help indigenous people to stand on their feet and play their part actively in contributing to the national development. To do so, we need more supports and help from different organizations. So far, however, little has stepped forward and offered their hands to us; or should we say none actually. We encourage more NGOs who are concerned with their education to step forward and offer education-based activities to them; and not karaoke competition. We as the school members welcome those action very much. We believe, team teaching between our school members + NGOs +PPD can make a difference to their learning experience.

NGOs, PPD, JPN, KPM, IPGM, Universities Researchers and School Teachers should change their mindset from 'What are the problems' to 'how to solve the problems'. Rather than trying to find mistakes, change it to finding solution on how to meet their needs.


TOGETHER WE CAN MAKE A DIFFERENCE

ps: any NGOs who are interested to help improving education in this school, please get in touch with our District Education Office.     

Saturday, June 30, 2012

Video Sambutan Hari Guru Peringkat PPD Gua Musang

Video sambutan hari guru peringkat PPD Gua Musang ini adalah hasil salah seorang guru kami. Terima kasih diucapkan kepada PPD Gua Musang kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menghasilkan video ini. Semoga cikgu-cikgu yang lain terhibur.




Tahniah






Kami warga SK Balar mengucapkan tahniah kepada Sir Warid kerana dihadiahkan biasiswa (Scholarship) dari University Nottingham Malaysia Campus. Kini beliau adalah pelajar Sarjana separuh masa dalam disiplin MA TESOL. Semoga lebih banyak pembaharuan dapat dilakukan dalam memperkasakan Bahasa Inggeris di Pos Balar.

Congrats Sir Warid.

Selamat Berjuang & Selamat Meneruskan Perjuangan

Seperti biasa, adat di sekolah, akan ada yang pergi dan akan ada yang datang. Semoga yang pergi telah meninggalkan kebaikan dan semoga yang datang membawa pembaharuan.

Pada kesempatan ini, kami warga SK Balar mengucapkan selamat tinggal kepada seorang rakan seperjuangan kami.

Cikgu Mohd Fadhli & anak-anaknya 

Cikgu Mohd Fadhli kini ditempatkan di SK Kem Desa setelah 4 tahun berkhidmat di SK Balar. Beliau adalah seorang guru yang bertanggung jawab dalam pembangunan IT di sekolah. Projek terakhir beliau sebelum keluar adalah memastikan sekolah mempunyai kemudahan wireless. Kini kami tidak perlu lagi ke makmal komputer untuk berinternet kerana kami sudah boleh mengekses internet dari kelas, pejabat, kantin dan rumah. Terima kasih diucapkan semoga bekerja lebih keras di sekolah baru. 

Pada kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru ke sekolah kami. Setelah seminggu bersama, kami berasa lega kerana ketiga-tiga guru yang ditempatkan di sini, semuanya komited dalam tugasan hakiki masing-masing. 

 Cikgu Faiz dan isterinya

Sebelum ini beliau berkhidmat di Seratok dan kini beliau ditempatkan di pedalaman Kelantan. Mungkin telah biasa mengajar di pedalaman, Cikgu Faiz tidak kelihatan kekok untuk menyesuaikan diri di kawasan baru. Selamat datang cikgu, mari kita memeriahkan lagi dunia pendidikan di Pos Balar ini. 

 Cikgu Yatimmi (Lukisan di belakang cikgu yatimmi, admin pernah mewarnanya dahulu huhuhu)

Guru ke-2 yang ditempatkan di sekolah pada sesi Jun ini adalah Cikgu Yattimi. Dahulunya beliau berkhidmat di SK Jalan Raja Muda, KL (admin dahulu berpraktikum di sini huhuhuhu). Walaubagaimanapun Cikgu Yatimmi ditimpa kemalangan dalam perjalanan beliau ke Kelantan. Jadi buat masa ini, cikgu Yatimmi sedang beristirehat sehingga beliau benar-benar pulih. Kami di SK Balar senantiasa mendokan agar cikgu cepat sembuh. 

 Cikgu Roslan & anak perempuannya

Seminggu bersama cikgu Roslan kami berasa terhibur. Orangnya tidak banyak cakap, tetapi apabila beliau berkata, kata-kata beliau ibarat mutiara yang bernilai. Mahir memasak dan tidak kekok untuk menyediakan minum petang. Hari pertama beliau ke sekolah, beliau telah pun masuk dengan menggunakan motor (memang rock!). 

Terima kasih kami ucapkan kepada tiga orang guru baru kerana sudi hadir memeriahkan dunia pendidikan di Pos Balar. Pengorbanan yang cikgu lakukan, meninggalkan keluarga dan mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing, amat kami hargai. 

kepada yang pergi, selamat meneruskan perjuangan, kepada yang baru mari kita memertabatkan pendidikan di Gua Musang. 

bittaufik wannajah, 
Admin. 




Lawatan Dari Hilir

LAWATAN PUSPANITA JPN KELANTAN & PPD GUA MUSANG 
22-23 MAY 2012







TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI... 
JEMPUT DATANG LAGI ... HUHUHU

Thursday, April 12, 2012

Dominus Voice Choir Group

Members of Dominus Voice Choir Group

Our students performing 2 English songs: The Lion Sleeps Tonight and The Sound of Music. We hope you will enjoy their performance.  



Tahniah Pasukan Nasyid SK Balar!!!!

Untuk Sekolah Orang Asli dapat bertanding di atas pentas yang sama dengan sekolah-sekolah aliran perdana di luar sana adalah satu peluang yang tidak akan kami lepaskan dan keputusan pertandingan adalah Kami di tempat ke-3 di peringkat MSSD Gua Musang... 

   Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah terlibat dalam melatih pelajar-pelajar SK Balar tanpa jemu. 

dan terima kasih kepada PPD Gua Musang kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bertanding di pentas aliran perdana. 

Kami akan kembali dan merampas gelaran juara pada masa hadapan. 

SK BALAR GEMILANG 2012

Lawatan Penanda Aras Prasekolah SK Balar

Antara rombongan yang hadir untuk menanda aras Prasekolah SK Balar 

Wajah-wajah pelajar SK Balar yang sedang menunggu ketibaan rombongan 

Cikgu Syamsul dan Cikgu Fatin sempat mengajar anak buah cara bergaya di hadapan kamera

Ustaz Zaidi sedang sibuk membersihkan ayam untuk acara BBQ malam nanti 

akhirnya tetamu tiba... Alhamdulillah semuanya selamat sampai 

Bukan sahaja tetamu lelaki yang tiba bahkan tetamu perempuan turut ada... 

hati sedang berdebar-debar untuk dipantau; 2 iron ladies prasekolah Cikgu Fatin dan Kak Na.

 Kami juga akan dipantau hehehehe

Salah seorang penyelaras prasekolah sedang menurunkan ilmunya kepada cikgu Faten

 Antara sudut di dalam Prasekolah SK Balar

Alangkah seronoknya kalau bilik darjah penyelaras blog ini macam dalam gambar ini (^^)

Akhirnya..... selesai!!!!

Pada 9&10 April yang lepas, seramai 25 orang tetamu dari JPN Kelantan dan PPD Gua Musang telah melawat SK Balar bagi tujuan penanda aras prasekolah SK Balar...kata mereka...... KAMI NAK DATANG LAGI..... ^^

We Are Sorry


For the past few months we are very busy with our extra work; we are lack of teachers and we are still waiting for new teachers to come and fill in the empty seats left by our former comrades. Therefore at the moment we are distributing the extra work among ourselves and stand against the 30+ periods of teaching every week. Hopefully when we have received new teachers into our school, we would be able to update this blog every week.... sorry again... but please visit us often. There are many interesting things that we would like to share with everyone outside there.