Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Saturday, June 30, 2012

Selamat Berjuang & Selamat Meneruskan Perjuangan

Seperti biasa, adat di sekolah, akan ada yang pergi dan akan ada yang datang. Semoga yang pergi telah meninggalkan kebaikan dan semoga yang datang membawa pembaharuan.

Pada kesempatan ini, kami warga SK Balar mengucapkan selamat tinggal kepada seorang rakan seperjuangan kami.

Cikgu Mohd Fadhli & anak-anaknya 

Cikgu Mohd Fadhli kini ditempatkan di SK Kem Desa setelah 4 tahun berkhidmat di SK Balar. Beliau adalah seorang guru yang bertanggung jawab dalam pembangunan IT di sekolah. Projek terakhir beliau sebelum keluar adalah memastikan sekolah mempunyai kemudahan wireless. Kini kami tidak perlu lagi ke makmal komputer untuk berinternet kerana kami sudah boleh mengekses internet dari kelas, pejabat, kantin dan rumah. Terima kasih diucapkan semoga bekerja lebih keras di sekolah baru. 

Pada kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kedatangan 3 orang guru baru ke sekolah kami. Setelah seminggu bersama, kami berasa lega kerana ketiga-tiga guru yang ditempatkan di sini, semuanya komited dalam tugasan hakiki masing-masing. 

 Cikgu Faiz dan isterinya

Sebelum ini beliau berkhidmat di Seratok dan kini beliau ditempatkan di pedalaman Kelantan. Mungkin telah biasa mengajar di pedalaman, Cikgu Faiz tidak kelihatan kekok untuk menyesuaikan diri di kawasan baru. Selamat datang cikgu, mari kita memeriahkan lagi dunia pendidikan di Pos Balar ini. 

 Cikgu Yatimmi (Lukisan di belakang cikgu yatimmi, admin pernah mewarnanya dahulu huhuhu)

Guru ke-2 yang ditempatkan di sekolah pada sesi Jun ini adalah Cikgu Yattimi. Dahulunya beliau berkhidmat di SK Jalan Raja Muda, KL (admin dahulu berpraktikum di sini huhuhuhu). Walaubagaimanapun Cikgu Yatimmi ditimpa kemalangan dalam perjalanan beliau ke Kelantan. Jadi buat masa ini, cikgu Yatimmi sedang beristirehat sehingga beliau benar-benar pulih. Kami di SK Balar senantiasa mendokan agar cikgu cepat sembuh. 

 Cikgu Roslan & anak perempuannya

Seminggu bersama cikgu Roslan kami berasa terhibur. Orangnya tidak banyak cakap, tetapi apabila beliau berkata, kata-kata beliau ibarat mutiara yang bernilai. Mahir memasak dan tidak kekok untuk menyediakan minum petang. Hari pertama beliau ke sekolah, beliau telah pun masuk dengan menggunakan motor (memang rock!). 

Terima kasih kami ucapkan kepada tiga orang guru baru kerana sudi hadir memeriahkan dunia pendidikan di Pos Balar. Pengorbanan yang cikgu lakukan, meninggalkan keluarga dan mengetepikan kepentingan peribadi masing-masing, amat kami hargai. 

kepada yang pergi, selamat meneruskan perjuangan, kepada yang baru mari kita memertabatkan pendidikan di Gua Musang. 

bittaufik wannajah, 
Admin. 




No comments:

Post a Comment