Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Monday, November 28, 2011

Guru Besar Baru

Cikgu Zakaria Bin Mustafaha: sedang berucap di majlis akhir tahun Pra-Sekolah SK Balar 2011

Kami menjangkakan kedatangan Guru Besar baru dalam bulan 3 ataupun 4 tahun 2012, namun jangkaan kami meleset sama sekali. Guru Besar baru telahpun melaporkan diri beliau beberapa minggu sebelum sesi persekolahan 2011 melabuhkan tirainya.

Kesungguhan beliau mematuhi memo dan pekeliling yang diedarkan amat menyentuh perasaan kami. Walaupun masih lagi sedang menjalani rawatan di hospital beliau tidak banyak kerenah dan menunjukkan kesungguhan untuk menaikkan lagi prestasi SK Balar.

Di atas kesungguhan beliau untuk bersama kami menurunkan tirai sesi persekolah 2011, kami ucapkan tahniah dan terima kasih. Terima Kasih juga diucapkan kepada PPD Gua Musang dan JPN Kelantan kerana mengisi kerusi guru besar dengan kadar yang segera.

kepada Cikgu Zakaria bin Mustafaha Selamat Datang ke SK BALAR. Kami akan bersama anda untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian SK BALAR.

WE ARE NOW AVAILABLE IN FACEBOOK

Sunday, November 27, 2011

Kelantan Orang Asli Sports Festival

Kelantan OA Sports Festival is an annual gala organised to promote fun and holistic learning  to Orang Asli. It is an activity that gather all 11 Orang Asli schools in Kelantan to compete with one another healthily. This competition is also done to select athletes that will represent Kelantan to the National Orang Asli Sports Festival in Johor later.


SK Balar, this year has taken another leap by participating in this big event. As a matter of fact this was our first appearence on the field. For most of the teachers in Balar, this activity can introduce our students to the meaning of being competitive. We do realise there are a huge gap and differences between OA that live in Kuala Betis and our students, who live deep in the jungle. Through this activity, therefore, we hope to bring about a change in our students’ self-esteem.


The gala took two days and one night at SK Kuala Betis. A number of 32 students were brought out from the jungle to compete in various events. SK Balar participated in Handball (Male & Female), Football, Nasyeed and Track and Field events. Since this was our first debut we wished nothing rather than to see our students competatively compete with other schools. Medals for us is the second thing, the first thing is that they give a good fight to others. To our surprise, however, several of our athletes managed to grab medals and brought honours back to the school. Good Job guys!!!!


The night before the final day, we bought KFC for our students. You can see the smiles on each face, from ear to ear, so cute <3 (well, i remain the cold hearted teacher despite of all the cuteness around me).

The results of the events are as follows;Handball (Male and Female) = Semi Finale; Football Semi Finale; Nasyeed – Winner; Long Jump (Female) – winner; 200m (Female) – bronze; 100m (female)- Silver. We are so proud of you.

Next year WE WILL BE BACK and GRAB ALL THE MEDALS!!!!To all athletes that will represent Kelantan, best of luck!!! may Allah bless you.

Hidup BALAR!!!!!

(diambil dari blog sir warid: karyabator.wordpress.com)

The Road to Balar

The title sounds like you are going to the best place on the earth but actually you don’t (huhuhu). It’s November and it’s raining season in Kelantan. So this means, the road to school is getting challenging than before. Just like some teachers who think highly about their school, i myself also think only the greatest about mine. Have i ever mentioned to you about my weekly routine, which is to be in the The-Biggest-Loser-Like programme? Yes i did, i remember mentioning it somewhere in my FB (read: Facebook) shout out.


Imagine yourself pushing the EX5 through the 75KM slippery muddy road. At times you are pushing super-duper-sticking-on-the-ground motor going up the hills and at times you are holding to your motorcycle while it sliding down from the hill like you are holding to a train that falling down into a ravine. Voila… once you stand up, you realise you just colour some bruises onto your beloved body. That’s my biggest loser routine during raining days hahahaha.

 
you will always have friends to help you when you need one

Nevertheless, i think this is the best place for teaching. I know if my students can read, it is simply due to the hardwork that i put everyday; not because of tuition centre.

Anyway, the grand holiday is just around the corner but i should start preparing things that i want to do with my students  before the 2012 classes begin. Oh yes… to those who have been given green light to be in your new school… congrats!!!! ^^ I  might join you next 2 years (totally sure that next year’s competition to get out from Balar is highly intense).

 
posing while getting more air into our lungs

Ps: to new teachers who will be posted to SK Balar… oh please don’t go to your fat and juicy cable to pull you out from this wonderful journey. You ask to become a teacher so fulfil your duty for just a couple of years.

(diambil dari karyabator.wordpress.com, blog Sir Warid) 

Chak Rayak: Jamuan Akhir Tahun Pelajar Darjah 6, 2011

Tamat sahaja UPSR, guru-guru sepakat untuk mengadakan Jamuan Akhir tahun kepada pelajar-pelajar darjah 6, 2011. Kami namakan majlis ini sebagai CHAK RAYAK. Untuk pengatahuan pembaca semua, chak rayak merupakan bahasa kaum Temiar yang bermaksud 'makan besar'. UPSR Tamat, mereka telahpun memberikan yang terbaik. Kami berharap keputusan peperiksaan yang akan diumumkan nanti setanding dengan pencapaian percubaan mereka ataupun lebih hebat dari itu.

Ingin bertanya kepada isteri-isteri mereka di dalam gambar ini... adakah mereka rajin di rumah? hehehe

Memandangkan majoriti guru di SK Balar adalah lelaki, maka semua lelaki di SK Balar terpaksa belajar memasak... 

 Operasi memerap ayam... ayam serai dan ayam black-pepper

Operasi membakar bahan-bahan makanan (ayam dan ikan) bermula pada sebelah petang. 

Pada sebelah malam, Chak Rayak pun bermula..... 

Antara hidangan yang dihidangkan pada malam Chak Rayak: 2 Kek Secret Recipe, ayam panggang, ikan panggang, kentang goreng, nugget, bebola sotong dan udang, salad buah, coleslaw dan bihun singapura....   

Terima kasih kerana bersama SK Balar... semoga tahun hadapan di Sekolah Menengah, anda menjadi insan yang lebih berguna. Amin... 

Majlis Persaraan Guru Besar: Tn Hj Alwi Bin Omar

Assalamualaikum,
Setelah hampir 10 tahun berkhidmat, akhirnya, Tn Hj Alwi Bin Omar bersara. Majlis persaraan beliau telah di adakan secara gilang gemilang di SK Balar. Beliau merupakan guru yang pertama menyambut hari persaraan di dalam hutan Balar. Mari kita imbas kembali persiapan dan suasana sambutan yang berlangsung selama 2 hari di SK Balar.

Cikgu Alwi pada zaman muda beliau 

 Para Kakitangan SK Balar bersiap siaga untuk menyambut ketibaan tetamu-tetamu. Masing masing lengkap berpakaian Baju Tradisional masyarakat Melayu. 

 ketibaan para tetamu disambut dengan penuh rasa hormat kerana sudi hadir ke kawasan pedalaman. 

 Cikgu Alwi bersama permaisuri beliau diraikan dengan pakaian pengantin corak bunga tabur. 

 Sekitar majlis ucapan beliau yang terakhir 

 sesi bergambar pada hari yang ke-2. Semua warga SK Balar lengkap berpakaian formal dengan suit hitam. 

 10 tahun berkhidmat di Balar, memastikan SK Balar berada pada pentas yang setanding dengan sekolah-sekolah orang asli di luar sana. Terima kasih cikgu. 

Tn Hj Alwi Bin Omar (2001-2011) 
Jasamu Kami Kenang, Budimu Kami Sanjung 
Selamat bersara dari kami warga SK Balar






Akan kembali mengupdatekan EDUBALAR

Moderator blog meminta maaf kepada semua yang sering mengikuti perkembangan kami atau kepada yang sentiasa nak tahu apa telah berlaku di sekolah kami. Moderator terlampau sibuk dengan kerja-kerja hakikinya. Namun tidak apa, sekarang cuti sekolahkan....jadi moderator akan cuba mengupdatekan blog ini dengan drama-drama yang berlaku di sekolah sepanjang 2011... kalau tidak dengan penulisan yang selamba, dengan gambar pun jadilah kan? ^^

Wednesday, May 11, 2011

Programme School Improvement Specialist Coaches (SISC)


We had two visitors this week, an Excellent Teacher (ET) Pn Maryaumi Ishak from SMK Jeli and her husband, En Nazir Azmi who is a PPD Jeli officer.

The aim of the programme is to help English teachers in SK Balar to improve the teaching and learning of English among Orang Asli students.

The panel head, En Warid Mihat was then observed by the ET for the whole day. Alhamdulillah, response received from both officers was good and satisfying.

We, the SK Balar, would like to say thank you to both of the officers for visiting us here in the jungle. We are looking forward to seeing you again next time.

Allah bless you.

 

Penolong Kanan HEM BARU!!!!


Warga SK Balar mengucapkan tahniah kepada Cikgu Muhammad Bin Sulaiman, PK KO SK Balar yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM yang baru, menggantikan Arwah Cikgu Razali Awang. Tahniah diucapkan.

ps: Semoga dapat menjalankan amanah yang diberikan oleh Allah. Amin...

Tuesday, April 19, 2011

Usaha Dakwah

Sesungguhnya usaha dakwah adalah satu usaha yang sangat murni, Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud "Jika kamu menolongKU nescaya AKU akan menolong kamu". Adakah usaha dakwah itu hanya diwajibkan kepada golongan yang dipanggil ustaz? Jika betul jawapan anda, anda sebagai seorang islam tentunya telah memberikan jawapan yang SILAP sebagai seorang yang telah mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Justeru itu janganlah kita hanya pandai menyalahkan orang lain sahaja, jika dua jari dituding kepada orang lain sedarilah bahawa tiga jari tetap menuding kearah kita pada masa yang sama.

Apakah tanda HITAM yang ada di dahi kita? Ya betul, sebab kita sudah lama sujud disejadah menunaikan solat-solat yang difardhukan bahkan kita tetap menunaikan solat-solat yang sunnat.   Tiap-tiap kali masuk waktu kita kesurau untuk menunaikan solat, pernahkah kita mengajak anak-anak didik kita untuk turut solat bersama-sama?

Adakah kita hanya memikirkan hanya kita ingin kesyurga Allah......tidakkah kita berfikir ingin masuk syurga beramai-ramai?

Tuesday, March 8, 2011

Tahniah!!!


Kami warga SK Balar ingin mengucapkan tahniah kepada Pn Linda, isteri kepada Allahyarham Cikgu Farid Hassan, bekas guru pra 2010 kerana telah selamat melahirkan anak mereka. Semoga beliau  tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk puan dan anak arwah cikgu Farid.
ps: comelnya baby girl ^^

Monday, February 21, 2011

UPSR 2011: Our Glittering Stars

Our hopes... 9 excellent students who will uphold the name of SK Balar in UPSR 2011
May God bless you!!! 

UPSR 2011 - SK Balar No.1

"Accept your students unconditionally and they will perform to your expectation" 
(Anonymous, 1998)

Monday, February 14, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu lepas, beberapa orang guru dan ppm telah stay-back di sekolah. 
kata salah seorang daripada mereka "jom makan burung"
jawab lagi seorang "ok" 

 Maka jerat put dipasang (macam nak main badminton ... kan?)
 satu ekor, dua ekor, tiga ekor..... tangkapan pada hari itu adalah sebanyak 17 ekor semuanya....

 Kemudian harus disembelih mengikut cara Islam.... Bismillah....

hidupkan dapur, sediakan perencah sup... dan voila! sup burung

LAPORAN KHAS DARI DAPUR... SEMUANYA ASLI.... 

ps: entry kali ini tidak sesuai kepada pencinta haiwan...

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year

SK Balar would like to ring in all Chinese teachers: HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!
GONG XI FA CAI

SK Balar Happy Chinese New Year Lunch 
Ketibaan VVIP: Tn Hj Zahari dan Dr Asuar

 
VVIP JPN dan SK Balar sedang bersiap sedia untuk menjamu selera: sikfan! sikfan!

Siapa bilang cikgu perempuan di Balar tidak menawan.... siapa bilang?

Eh, kamera kau mahal.... kamera aku? (lantaklah kata hati Cikgu Zafandi)

Cikgu Warid termenung sebab tomyam terlampau pedas
Cikgu Fadli... bedal je... tak jumpa dah di Balar

Dr Asuar sedang menjelaskan sesuatu..... jeng jeng jeng

masa mesyuarat hari itu, Cikgu Shafawi tak sanggup nak tinggalkan isterinya yang sedang mengandung keseorangan: Mesyuarat sebulat suara membenarkan cikgu Shafawi membawa isterinya ke majlis makan tengah hari. (suka dia ^^)

dua tenaga kuat SK Balar... makan kenyang-kenyang semua, minggu depan nak main selut lagi. 

Ikan kukus... tak jumpa dah kat Balar tahu ^^
(Ikan Keloh ada tapi) 

Udang butter... lagi tak jumpa di Balar... makan puas-puas ^^

Tomyam yang telah membuatkan Cikgu Warid berpeluh: Kata Cikgu Warid, pedas sampai gatal kepala.
Ayam.... 

Cikgu Shamsul sedang berkira-kira untuk membawa rakan-rakan sekerja makan di sini sempena majlis pernikahannya nanti... siapa setuju angkat tangan cepat!!!

Siapa kata mengajar di pedalaman tidak seronok, tiada muafakat dan tiada kehidupan...

KAMI OK SAJA....rahsianya? kami ciptakan keseronokkan dan wujudkan muafakat agar dapat kami nikmati kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Selamat Bekerja Keras SK BALAR!!!!

2011 SK BALAR CEMERLANG

They Have Arrived!!!

Ordered 30 copies each of Sally Chin's Phonics book. After almost half a year, finally they arrived!!! thanks to those who have helped to make these books available in SK Balar. The English panel is really in cloud nine now ^^


 
What is phonics reader?
Phonics reader is a work of an experience teacher who have taught phonics to young learners for years. It is a systematic set of modules designed to help young learners in reading. The approach is quite similar to the Iqra' of Al-quran learning. The modules come in 6 different books (as you can see in the pictures).

Why phonics reader?
1.In tandem with the KSSR.
2. If you are teaching English, you should know the stages in teaching reading skill and these books have been simplified to help you understand the stages.
3. Indirectly it helps to enhance students' writing skill; please refer the English Language KBSR on how writing skill is approached.
4. Colourful pictures
5. Accompanied by activity books.
6. Progress chart is provided by the end of each book.
7. OF COURSE!!! A good reading supplement.  

Hopefully through these books, we can bring students' language proficiency at a new level.

 ENGLISH IS FUN AND EASY

Friday, January 21, 2011

Collaboration in Orang Asli Education.



On behalf of SK Balar, the moderator of this blog would like to thank IPGM Kampus Sultan Mizan Besut for giving us opportunity to work side by side in bringing orang asli education to a level higher than before.

It is hope through this collaboration in education, teachers who are teaching in Balar will be given ample opportunities to develop professionally through various programmes; research presentation, educational talk, forum and etc.

We also hope that through this programme, pupils in Balar can experience interesting educational programmes planned by IPG KSM lecturers and trainee teachers so that they will remember their school days as wonderful and captivating; subsequently be an agent to promote the importance of education in their society.

Also may this programme helps IPG Kampus Sultan Mizan to achieve their goals as Teacher Training Institution and in inculcating educator-attitude among their trainee teachers.    

Thank you again and we are looking forward to working side by side with IPG Kampus Sultan Mizan. It will definitely be one of our most precious moments as educators as we share similar belief: Ilmu Penyuluh Hidup (SK Balar) and Ilmu Penyuluh Jiwa (IPG KSM).  

with best regards,
Members of SK Balar.

Pantun Musim Kemarau


Anak raja turun berjalan,
Anak buaya melintang tasik,
Beribu-ribu sekolah di jalan,
SK Balar juga pilihan patik.

Mengail ikan bersama pak anjang,
ikan rebus dicicah budu,
Nak kata hujan panas memanjang,
tapi kenapa hati asyik merindu.
 
Paginya nyaman malamnya sejuk, 
berbumbung langit disinari rembulan, 
janganlah tuan buat kami merajuk, 
menantikan tuan tak datang berjalan.
 



 
 

Thursday, January 13, 2011

Api By Pelita



Dedicated to all teachers who are teaching in remote schools
May Allah bless us and give us strength to perform our duties.
Teaching is no bed of roses after all. 

"Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir"
(Api...Pelita)

Sunday, January 9, 2011

Belangsungkawa: Cikgu Razali Awang

(Arwah Cikgu Razali Awang dalam ingatan) 

Pada 6.1.2011 SK Balar kehilangan seorang lagi pendidik yang sanggup bersusah payah merialisasikan impian dan harapan Negara (ini merupakan kehilangan yang ke-2 dalam tempoh yang tidak sampai 3 bulan). Beliau merupakan seorang pendidik yang gigih, tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa cuba membangun secara professional dan sanggup menempuh segala halangan dan cabaran di hutan pada usia yang senja. 

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi anak-anak asli Balar (Temiar) kerana tidak ramai guru-guru yang berijazah sanggup untuk bermandi selut, menghirup debu, bermalam di hutan, dan hidup tanpa bekalan elektrik 24 jam. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh arwah mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah dan semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepada arwah di sana. Amin. 

Alhamdulillah urusan membawa jenazah arwah keluar dari SK Balar dapat dilakukan tanpa halangan yang besar. Bersyukur kerana Internet masih berfungsi sewaktu maklumat cuba dihantar keluar, bersyukur kerana helikopter dapat mendarat walaupun hujan dan keadaan yang berkabus. Bersyukur kerana urusan pengebumian berlangsung dengan lancar.  Alhamdulillah Allah Maha Kaya. 

Warga SK Balar mengucapkan Takziah kepada keluarga arwah cikgu Razali Awang.

ps: Ada guru baru dapat memo mengajar di pedalaman terus melenting tak tentu pasal. Pergi dulu dan belajar suaikan diri di kawasan tersebut. Kita tak akan sentiasa dapat apa yang kita mahukan tetapi jika kita berakal, kita akan dapat melihat hikmah disebalik qada dan qadar Allah.