Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Monday, November 28, 2011

Guru Besar Baru

Cikgu Zakaria Bin Mustafaha: sedang berucap di majlis akhir tahun Pra-Sekolah SK Balar 2011

Kami menjangkakan kedatangan Guru Besar baru dalam bulan 3 ataupun 4 tahun 2012, namun jangkaan kami meleset sama sekali. Guru Besar baru telahpun melaporkan diri beliau beberapa minggu sebelum sesi persekolahan 2011 melabuhkan tirainya.

Kesungguhan beliau mematuhi memo dan pekeliling yang diedarkan amat menyentuh perasaan kami. Walaupun masih lagi sedang menjalani rawatan di hospital beliau tidak banyak kerenah dan menunjukkan kesungguhan untuk menaikkan lagi prestasi SK Balar.

Di atas kesungguhan beliau untuk bersama kami menurunkan tirai sesi persekolah 2011, kami ucapkan tahniah dan terima kasih. Terima Kasih juga diucapkan kepada PPD Gua Musang dan JPN Kelantan kerana mengisi kerusi guru besar dengan kadar yang segera.

kepada Cikgu Zakaria bin Mustafaha Selamat Datang ke SK BALAR. Kami akan bersama anda untuk meningkatkan lagi prestasi pencapaian SK BALAR.

No comments:

Post a Comment