Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Sunday, January 9, 2011

Belangsungkawa: Cikgu Razali Awang

(Arwah Cikgu Razali Awang dalam ingatan) 

Pada 6.1.2011 SK Balar kehilangan seorang lagi pendidik yang sanggup bersusah payah merialisasikan impian dan harapan Negara (ini merupakan kehilangan yang ke-2 dalam tempoh yang tidak sampai 3 bulan). Beliau merupakan seorang pendidik yang gigih, tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa cuba membangun secara professional dan sanggup menempuh segala halangan dan cabaran di hutan pada usia yang senja. 

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi anak-anak asli Balar (Temiar) kerana tidak ramai guru-guru yang berijazah sanggup untuk bermandi selut, menghirup debu, bermalam di hutan, dan hidup tanpa bekalan elektrik 24 jam. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh arwah mendapat balasan yang sewajarnya dari Allah dan semoga Allah melimpahkan kasih sayang kepada arwah di sana. Amin. 

Alhamdulillah urusan membawa jenazah arwah keluar dari SK Balar dapat dilakukan tanpa halangan yang besar. Bersyukur kerana Internet masih berfungsi sewaktu maklumat cuba dihantar keluar, bersyukur kerana helikopter dapat mendarat walaupun hujan dan keadaan yang berkabus. Bersyukur kerana urusan pengebumian berlangsung dengan lancar.  Alhamdulillah Allah Maha Kaya. 

Warga SK Balar mengucapkan Takziah kepada keluarga arwah cikgu Razali Awang.

ps: Ada guru baru dapat memo mengajar di pedalaman terus melenting tak tentu pasal. Pergi dulu dan belajar suaikan diri di kawasan tersebut. Kita tak akan sentiasa dapat apa yang kita mahukan tetapi jika kita berakal, kita akan dapat melihat hikmah disebalik qada dan qadar Allah. 
   

2 comments:

  1. kn ku jadikan semangat walid utuk ku tetap tabah n bjaya..i'Allah

    ReplyDelete
  2. salam... takziah buat arwah cgu razali awang... Al-Fatihah.. amin... cukup berbangga bila mengatahui bukan semua guru sanggup meredah kepayahan dan menjadikan jiwa sebati dengan anak-anak didik di pos/ perkampungan orang asli. Juga tidak pernah lupa dengan semangat dan target yang dicita-citakan oleh arwah suami saya yang baru posting dan sempat mengajar 2 bulan di SK Hendrop.. al Fatihah... amin...

    ReplyDelete