Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Tuesday, April 19, 2011

Usaha Dakwah

Sesungguhnya usaha dakwah adalah satu usaha yang sangat murni, Allah s.w.t juga ada berfirman yang bermaksud "Jika kamu menolongKU nescaya AKU akan menolong kamu". Adakah usaha dakwah itu hanya diwajibkan kepada golongan yang dipanggil ustaz? Jika betul jawapan anda, anda sebagai seorang islam tentunya telah memberikan jawapan yang SILAP sebagai seorang yang telah mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Justeru itu janganlah kita hanya pandai menyalahkan orang lain sahaja, jika dua jari dituding kepada orang lain sedarilah bahawa tiga jari tetap menuding kearah kita pada masa yang sama.

Apakah tanda HITAM yang ada di dahi kita? Ya betul, sebab kita sudah lama sujud disejadah menunaikan solat-solat yang difardhukan bahkan kita tetap menunaikan solat-solat yang sunnat.   Tiap-tiap kali masuk waktu kita kesurau untuk menunaikan solat, pernahkah kita mengajak anak-anak didik kita untuk turut solat bersama-sama?

Adakah kita hanya memikirkan hanya kita ingin kesyurga Allah......tidakkah kita berfikir ingin masuk syurga beramai-ramai?

No comments:

Post a Comment