Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Sunday, November 27, 2011

Chak Rayak: Jamuan Akhir Tahun Pelajar Darjah 6, 2011

Tamat sahaja UPSR, guru-guru sepakat untuk mengadakan Jamuan Akhir tahun kepada pelajar-pelajar darjah 6, 2011. Kami namakan majlis ini sebagai CHAK RAYAK. Untuk pengatahuan pembaca semua, chak rayak merupakan bahasa kaum Temiar yang bermaksud 'makan besar'. UPSR Tamat, mereka telahpun memberikan yang terbaik. Kami berharap keputusan peperiksaan yang akan diumumkan nanti setanding dengan pencapaian percubaan mereka ataupun lebih hebat dari itu.

Ingin bertanya kepada isteri-isteri mereka di dalam gambar ini... adakah mereka rajin di rumah? hehehe

Memandangkan majoriti guru di SK Balar adalah lelaki, maka semua lelaki di SK Balar terpaksa belajar memasak... 

 Operasi memerap ayam... ayam serai dan ayam black-pepper

Operasi membakar bahan-bahan makanan (ayam dan ikan) bermula pada sebelah petang. 

Pada sebelah malam, Chak Rayak pun bermula..... 

Antara hidangan yang dihidangkan pada malam Chak Rayak: 2 Kek Secret Recipe, ayam panggang, ikan panggang, kentang goreng, nugget, bebola sotong dan udang, salad buah, coleslaw dan bihun singapura....   

Terima kasih kerana bersama SK Balar... semoga tahun hadapan di Sekolah Menengah, anda menjadi insan yang lebih berguna. Amin... 

No comments:

Post a Comment