Welcome To SK Balar's Blog

This blog is an official blog for SK Balar, a Malaysia Government Funded School, dedicated to improve education of Orang Asli Temiar in Gua Musang, Kelantan. This blog, therefore, does not represent any radical political views and is created for educational purposes only. Articles in this blog may or may not be written by the educators of this school. Any outside articles, however, will be acknowledged, as a part of professional practice.

Tuesday, August 31, 2010

Pertukaran guru bagi Januari tahun 2011 - egtukar


Perhatian kepada semua guru SK Balar yang berminat untuk bertukar, samada bertukar ke negeri lain, daerah lain hatta sekolah lain dalam Gua Musang ini, sila isi borang secara online. tekan sini

Tarikh pengisian borang bermula 1 September hingga 20 September 2010. Lepas isi,  print out dan dapatkan pengesahan dari GB.

Pastikan anda menggunakan Internet Explorer semasa mengisi borang tukar tersebut! Apa-apa hal atau ada masalah, cari guru emis sekolah, Cikgu Azrul Rezmaini!

Selamat mengisi!!!

P/S: pindah kali ni tak boleh claim ye!

Happy Independence Day from SK Balar

Happy Independence Day to all Malaysians. May Allah protects our beloved country in future.

 picture credited to sangkunang

with love, 
Members of SK Balar

Warga SK Balar


Guru Besar           Tn Hj Alwi Bin Omar
PK Tadbir            YM Tuan Hassan Bin Tuan Ibrahim
PK HEM              En Razali Bin Awang
PK KO                 En Muhammad Bin Sulaiman

Warga Pendidik
01. En. Mohd Zafandi Bin Mar Rajat
02. En. Muhammad Siddiq Bin Abdullah
03. En. Hazizul Bin Mamat
04. En. Azrul Rezmaini Bin Fauzi
05. En. Syamsul Azhar Bin Yusuf
06. En. Mohd Noor Faizal Bin Mohd Nordin
07. En. Mohd Fadhli Bin Mat Diah
08. En. Muhammad Farid Bin Hassan
09. En Mohd Shafawi Bin Mohd Noor
10. En Zaidi bin Ghani
11. En Muhammad Tarmizi bin Hanapi
12. En Warid Bin Mihat
13. Cik Mazlina Binti Shafie

Kakitangan Sekolah
01. En. Mohd Hafizi Bin Che Aziz
02. En. Zulkifly Bin Yusoff
03. En. Abd Razif Bin Mamat
04. En. Mohd Arif Bin Mahamad
05. En. Mohd Kamaruddin Bin Abd Majid
06. En. Mohamaad Shahrul Bin Mohamood
07. Cik Noor Hazlina Binti Che Nordin

Lagu Sekolah

BERPADU TENAGA DALAM SEKOLAH 
DEMI PELAJARAN YANG DIHARAPKAN 
KITA SERUMPUN KITA SEALIRAN 
DISANA MENYAMBUNG WAWASAN

WALAU CABARAN DATANG MELANDA
AMANAH BESAR HARUS DILAKSANA
KITA SERUMPUN TIADA BERBEZA 
DI SINI LAHIR INSAN MULIA

BELAJAR BIARLAH BERJAYA 
AMANAH JUJUR JADIKAN BUDAYA 
HORMAT HORMATI SESAMA KITA 
PERATURAN SEKOLAH AMALKAN BERSAMA 

GURU MANA YANG KAMI HADAPI 
TETAP DISANJUNG TETAP DIHORMATI 
DEMI MASA DEPAN KAMI 
BELAJAR DAN BERBAKTI 3X

Motto Sekolah

"ILMU PENYULUH HIDUP"
Berikut merupakan moto atau cogan kata SK Balar. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggung-jawab. 
Satu masyarakat yang tidak berilmu seolah-olah hidup di dalam kegelapan dan ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Dengan ilmu pengetahuan yang tinggi sahaja, sesebuah masyarakat itu mampu mencapai kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan.

Visi dan Misi

VISI

SK Balar berusaha untuk membasmi buta huruf sepenuhnya (100%) di kalangan anak-anak orang asli di Pos Balar menjelang tahun 2012

MISI
Untuk mencapai misi sekolah, warga sekolah akan berganding bahu untuk: 

1. Melahirkan paa pelajar yang menguasai 3M
2. Mencapai kecermelangan bidang akademik
3. Memastikan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum 
4. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri dan kehidupan bermasyarakat 
5. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam persekitaran yang harmonis berasaskan pengurusan yang cekap, bersistematik, berkesan dan cemerlang

Falsafah SK Balar


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah SK Balar

"Sekolah Kebangsaan Balar merupakan sebuah sekolah yang berusaha mencapai tahap prestasi kerja yang berkualiti dan cemerlang dalam kurikulum, pengurusan murid, ko-kurikulum dan hubungan dengan masyarakat sekitar. Usaha-usaha ini diterjemahkan dengan sifat hormat menghormati antara guru, pelajar dan masyarakat setempat, bekerja dalam pasukan, berinovatif serta kuat dari segi mental dan fizikal, mewujudkan peluang pembelajaran yang berkualiti kepada para pelajar, memupuk semangat cintakan ilmu dan pembelajaran yang berterusan.

Sejarah Sekolah

Perkembangan Sekolah

SK Balar merupakan sekolah 100% orang asli. Mula dibina pada tahun 1994 di atas permohonan penduduk kampung sekitarnya. Sebelum ini kanak-kanak persekitaran pos balar bersekolah di SK Bihai yang jaraknya lebih kurang 20KM dan terpaksa berulang alik dengan mengharungi beberapa buah sungai.

SK Balar mula dibuka dengan rasminya oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada 20 April 1994 dan pengurusan sekolah pada waktu itu berada di bawah tanggung-jawab JHEOA. Pada Waktu itu terdapat hanya satu bangunan kayu, 18 orang murid tahun satu dan dua, 2 orang guru dari JHEOA.

Tahun berikutnya, terdapat penambahan dari segi bilangan murid, dimana seramai 14 orang pelajar baru berdaftar, menjadikan jumlah murid pada ketika itu seramai 32. Selaras dengan peningkatan bilangan murid, dua buah bangunan didirikan menjadikan empat kelas semuanya.

Pada 1 Januari 1996 pengurusan SK Balar di ambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan guru-guru terlatih dari luar ditempatkan ke SK Balar.

Kedudukan Sekolah


SK Balar terletak di pedalaman kira-kira 100KM dari bandar Gua Musang dengan melalui jalan balak dan mengharungi 3 batang sungai. Sekolah ini terletak di tengah-tengah antara 13 buah perkampungan  orang Asli yang berdekatan  mengikut jalan utama. Kampung-kampung tersebut adalah Enching, Tapai, Barung, Epes, Telor, Perawas (Tapak di mana sekolah berada), Manjol, Tembaga, Balar, Dakoh, Peng, Chachoh, Belatim, Chekrok, Cemar dan Sempadek. 


Orang Asli Temiar

Pelanggan utama di SK Balar merupakan orang asli dari suku kaum Temiar. Mereka merupakan kaum yang mempunyai harapan untuk berjaya dalam kehidupan sama seperti pelajar-pelajar yang berada di luar sana.

Pendapatan purata mereka adalah kurang dari RM50.00 sebulan. Sumber pendapatan bergantung kepada jualan rotan yang terdapat disekitar hutan. Makanan utama mereka adalah ubi kayu.




sumber rujukan: Buku Pengurusan HEM 2010

Kata Penghantar

Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah saya panjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan izin-Nya jua, blog sekolah dengan nama Edubalar dapat direalisasikan. Saya Amat berbesar hati dengan kerjasama semua pihak di SK Balar yang menggembeling tenaga dalam membina blog ini.

Tidak dinafikan, dunia yang kita diami ini semakin maju dari masa ke masa. Sehubungan dengan itu, kita juga haruslah maju agar tidak ketinggalan pada masa hadapan. Kepentingan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan sememangnya bukanlah satu perkara yang janggal lagi. Tidak kira di mana sekalipun sekolah itu berada, bandar atau pedalaman, teknologi telah banyak membantu anak-anak kita untuk lebih mengenali dunia.

Akhir kalam, besarlah harapan saya agar semua warga sekolah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kerjasama dan permuafakatan, bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".

Terima kasih, Wassalam.

HJ ALWI BIN OMAR 
Guru Besar,
SK Balar 2010

Monday, August 30, 2010

UNDER CONSTRUCTION


ALMOST THERE!!!


Dear Educators, Our Blog Is Still Under Construction... Will Be Operating Soon...
With best wishes,
Unit ICT dan Multimedia SK Balar (SK Balar Bloggers)